CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 23, 2008

TOKOH-TOKOH PEMIKIR KAJIAN TINDAKAN

TOKOH-TOKOH KAJIAN TINDAKAN


STEPHEN KEMMIS

JACK WHITEHEAD


JOHN ELLIOT

Friday, April 18, 2008

MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

1) Model Pemikiran Kurt Lewin

-Seorang ahli psikologi sosial berbangsa Yahudi dan pelopor kepada kajian tindakan.
-Beliau telah menghuraikan kajian penyelidikan sebagai proses lingkaran dalam beberapa tahap yang berkaitan.
-Setiap tahap mempunyai empat langkah yang utama berbentuk gelungan bermula dengan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
-Untuk penjelasan lebih lanjut, boleh layari laman web berkenaan:

http://www.infed.org/research/b-actres.htm

http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/history/lewin.html

http://www.web.ca/~robrien/papers/arfinal.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Kurt_Lewin


2) Model Pemikiran Stephen Kemmis

Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan. Pendekatan yang diutarakan terdiri daripada EMPAT langkah (lihat Rajah sebelah).

FASA PERTAMA

Langkah 1: PERANCANGAN

  • Apakah anda hendak buat?


  • Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda?


  • Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid?


  • Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan?


  • Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang?
Langkah 2: PELAN TINDAKAN
  • Adakah anda bercadang Memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru?


  • Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai?


  • Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah? [Tempoh masa ditentukan oleh anda; iaitu berapa lama anda agak perubahan dijangka berlaku]
Langkah 3: PENGUMPULAN DATA
  • Apakah jenis maklumat anda ingin mengumpul untuk menjawab soalan penyelidikan?


  • Teknik Pengumpulan Data:
    - Temu duga murid
    - Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai (checklist) =
    memerhati apa yang berlaku di kalangan murid
    - Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan,
    tulisan dan lain-lain
    - Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru
    - Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik
    darjah
    - Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas
    - Tape audio perbualan dengan murid, guru lain.


  • Panduan Pengumpulan Data:
    - Anda hendak jelas mengapa anda mengumpul data
    - Anda hendak jelas tentang bagaimana anda ingin
    menggunakan data yang dikumpulkan
    - Data yang dikumpulkan hendaklah tepat,
    berguna dan tidak memakan terlalu banyak masa
    - Tentukan banyak mana data anda hendak
    mengumpul
    - Adakah data menerangkan apa yang anda
    berhasrat?
    - Dapatkan data daripada pelbagai sumber
    - Adakah maklumat berguna dapat dihasilkan
    dariapada data yang dikumpulkan?

Langkah 4: REFLEKSI - ANALISIS DATA

  • Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada "perkataan", "frasa", "ayat pendek" dan sebagainya. Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.


  • Kaji dengan teliti "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang disebut oleh murid atau "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan.

  • Susunkan "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang diperolehi kepada kategori tertentu.


  • Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan. Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas, murid pandai membantu murid lemah, murid suka membuat kerja secara berkumpulan.


  • Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan.


  • Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul.


  • Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka.

Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA

  • Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar.


  • Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan; guru menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asas dan sebagainya.

Langkah 6: PELAN TINDAKAN
  • SAMA SEPERTI LANGKAH 2

Langkah 7: PENGUMPULAN DATA

  • SAMA SEPERTI LANGKAH 3
Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI

  • SAMA SEPERTI LANGKAH 4


*untuk melihat model Stephen Kemmis dengan lebih jelas, sila layari web ini:



http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab4TINDAKAN1.html

http://www.scu.edu.au/schools/gcm/ar/arp/guide.html

3) Model Pemikiran John Elliot

-Beliau merupakan Professor Pendidikan di Universiti East Anglia dan Penyelaras Classroom Action Research Network, CARN (1985) telah mengemukakan model kajian tindakan yang diubahsuai dari model kajian tindakan dari Kemmis.

-Model pemikirannya adalah lebih terperinci dan praktikal.

-Model kajian tindakan daripada John Elliot lebih sesuai digunakan untuk guru2 pelatih dan guru-guru yang baru menceburi diri mereka dalam arena institusi pendidikan kerana ia mempunyai langkah-langkah yang lebih tersusun dan sempurna.

*boleh layari web berkenaan untuk melihat lebih jelas bentuk model John Elliot

http://www.research-edu.net/

http://www.uea.ac.uk/care/people/peepje.html

http://www.madison.k12.wi.us/sod/car/carhomepage.html


4) Skema Penyelidikan Jack Whitehead

-Beliau berpendapat bahawa guru sendiri hendaklah memainkan peranan utama dalam kajian.

-Beliau berpendapat skema yang diutarakan oleh Kemmis dan Elliot tidak memberi gambaran situasi pendidikan yang praktikal.

-Beliau menekankan penilaian kendiri melalui persoalan sendiri adalah penting untuk memperolehi maklumat yang berguna tentang masalah pendidikan yang dihadapi oleh diri sendiri.

-Oleh yang demikian, beliau mencadangkan satu proses penilaian kendiri.

http://www.jackwhitehead.com/jack/arplanner.htm

Sejarah Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan dipelopori oleh Kurt Lewin pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Idea yang dikemukakan oleh beliau telah digunakan oleh para pendidik untuk menjalankan kajian seperti keadaan menggubal kurikulum dan peningkatan profesionalisme keguruan.

Pada tahun 1973, di bawah "Ford Teaching Project", kaedah penyelidikan tindakan pernah digunakan oleh John Elliot dan Clem Adelman untuk mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Konsep penyelidikan tindakan ini seterusnya diperkembangkan oleh Kolb (1984), Carr dan Kemmis (1986) dan lain-lain penyelidik seterusnya. Idea penyelidikan mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1988.

*boleh layari web berkenaan untuk penambahan maklumat;

http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/03/21/penelitian-tindakan-kelas-part-ii/

Penyelidikan Tindakan

  • Penyelidikan tindakan adalah satu bidang soal selidik dan kajian berbentuk refleksi kendiri yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidikan atau individu.

Tujuan penyelidikan

  • Penyelidikan ini ialah untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan atau sosial.
  • Kaedah ini juga digunakan untuk meningkatkan kefahaman terhadap amalan pendidikan atau sosial dan seterusnya membaiki keadaan amalan-amalan tersebut.

http://webpages.dcu.ie/~farrenm/galwayjan2004.ppt

Nama ahli kumpulan

KT 1 DPLI08 UKM:

MARIATUL QIBTIAH SAAT (P43625)

NASIHAH BINTI NADZRI (P43666)


MARIAM MOHD ZAHID (P43678)


NURUL HUDA ISMAIL (P43694)
kami bangga menjadi wargamu...terima kasih UKM