CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, April 18, 2008

Sejarah Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan dipelopori oleh Kurt Lewin pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Idea yang dikemukakan oleh beliau telah digunakan oleh para pendidik untuk menjalankan kajian seperti keadaan menggubal kurikulum dan peningkatan profesionalisme keguruan.

Pada tahun 1973, di bawah "Ford Teaching Project", kaedah penyelidikan tindakan pernah digunakan oleh John Elliot dan Clem Adelman untuk mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Konsep penyelidikan tindakan ini seterusnya diperkembangkan oleh Kolb (1984), Carr dan Kemmis (1986) dan lain-lain penyelidik seterusnya. Idea penyelidikan mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1988.

*boleh layari web berkenaan untuk penambahan maklumat;

http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/03/21/penelitian-tindakan-kelas-part-ii/

0 comments: